Bidang kerja sosial adalah bidang yang luas dan berkembang di luar negara. Di malaysia, pendedahan tentang bidang kerja sosial masih menjadi isu yang baharu. rata-rata masyarakat tidak tahu apakah kerja sosial?apakah peranannya dalam sistem negara kita?. Ayuh kita menyelami dunia kerja sosial :)
National Association of Social Worker(NASW) mendefinikan kerja sosial sebagai satu aktiviti profesional dalam membantu individu, kelompok atau komuniti memperkukuhkan atau mengembalikan keupayaan kefungsian sosial mereka dan menjana suasana persekitaran yang menyokong matlamat mereka.
Farley, Smith & Boyle (2006;m6) mendefiniskan kerja sosial sebagai suatu seni sains dan profesion untuk membantu manusia menyelesaikan masalah peribadi, kelompok(terutamanya keluarga) dan komuniti serta mencapai kepuasan perhubungan peribadi, kelompok, dan komuniti menerusi amalan kerja sosial.
sementara itu, Malaysia Association of Social Worker telah mendefinisikan kerja sosial sebgai satu profesion yang dikawal selia oleh pengetahuan, nilai dan kemahiran, komited dlam menyediakan pengurusan psikososial, mencetus dan mengupaya program dan perkhidmatan yang lebih baik, memudahkan fungsi sosial yang optima kepada individu, keluarga, kelompok dan komuiti.
oleh yang demikian, kerja sosial adalah berbeza daripada bidang psikologi dan psikiatri kerana ia mempunyai tanggungjawab dan mandat untuk menyediakan perkhidmatan sosial. seorang pekerja sosial memerlukan latihan dan kepakaran dalam ruang lingkup bidang yang luas bagi menangani masalah secara efektif yang dihadapi oleh indivudi, kelompok,keluarga,organisasi dan komuniti yang lebih luas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan