Jumaat, 29 November 2013

PAMERAN DADAH

Matlamat
Program kempen ini bertujuan memberi mesej kepada mereka bahawa kita sebagai ahli dalam masyarakat tidak seharusnya meletakkan stigma kepada bekas penagih bahawa mereka itu jahat selamanya akibat masa lampau mereka. Kita seharusnya menunjukkan prihatin dengan keadaan diri mereka yang bermasalah dan memerlukan bantuan serta sokongan masyarakat untuk pulih. Sokongan masyarakat akan membantu klien pengawasan mengubah diri mereka menjadi manusia yang lebih baik pada masa hadapan dan seterusnya berfungsi dengan efektif apabila berada dalam masyarakat. Program ini juga menyedarkan juga akan mahasiswa/i akan bahaya dadah dan jangan sesekali mengambil peluang untuk mencuba. Mahasiswa/I juga boleh meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan tersebut dan maklumat yang diperolehi mungkin dapat diaplikasikan dalam kerja sosial.

Objektif
-Menyedarkan akan mahasiswa/i akan bahaya dadah dan jangan sesekali mengambil peluang untuk mencuba dan kesannya amat buruk.
-Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penyalahgunaan bahan tersebut dan maklumat yang diperolehi mungkin dapat diaplikasikan dalam kerja sosial.
-Mewujudkan jalinan kerjasama di antara kumpulan dengan kumpulan lain dan juga jalinan kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu bagi menjayakan kempen ini.

PELAKSANAAN  PROGRAM
   Tarikh                         : 12 November 20132 ,        
   Hari                             : Selasa        
  Masa                         :8.30 am – 1.00 p
  Tempat                    :Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM
                                  :Laluan pelajar DKG 1
 Tetamu Jemputan       :Puan Norzalinda Bt Mohd Ali Hanafiah                                       
 Kerjasam Bersama     :1)Wakil Agensi AntiDadah kebangsaan, cawangan Kubang
                                                    Pasu, Kedah.
                                    2) Biro Hal Ehwal Siswi Dpp MaS
                                    3) Kumpulan 1, 2 & 4 Kursus SSWA 3713






Tiada ulasan: